Download: Sepultura - Kairos [2011] no comments

Posted at 9:47 PM in

1- Penulis masih lagi belum sembuh daripada demam akibat daripada keterkejutan melampau yang dialami gara gara keepic failan album baru Morbid Angel, Illud Divinum Insanus. Ternyata sangat mengecewakan malah berkemungkinan boleh sahaja diletakkan didalam kumpulan album album metal yang paling mengecewakan untuk tahun 2011 sebaris dengan album-album seperti... maaf tiada contoh yang boleh diberikan kerana tidak ada album album lain yang mengecewakan seperti kecewanya penulis dengan album baru Morbid Angel ini.


2- Lagenda thrash metal Brazil, Sepultura sudahpun menerbitkan album terbaru mereka yang diberi judul Kairos. Setakat 2 buah lagu yang sudah boleh didengar melalui youtube, lagu Kairos dan Just One Fix hasil saduran daripada kumpulan Industrial, Ministry, penulis boleh menyimpulkan bahawa album ini sedikit old school sepertimana lagu-lagu mereka dari era Roots. yang pasti, ianya menampilkan bunyi gitar yang berat dan permainan drum yang groovy.

3- Jika anda menginginkan Sepultura kembali dengan lagu-lagu seperti Beneath The Remains, penulis mencadangkan agar anda mendengar sahaja album baru Cavalera Conspiracy. Namun anda boleh memberi peluang pada album baru Sepultura ini untuk tenggelam kedalam telinga anda terlebih dahulu sebelum menolaknya mentah-mentah. Penulis juga tertarik dengan lukisan muka depan album ini yang sangat old school lantas menjadikan ianya agak cool dan cvlt.

4- Muat turun album baru Sepultura DISINI.
0 Responses to 'Download: Sepultura - Kairos [2011]'

Leave a Reply

Worshippers.