Download: MegaKematian - T1gab3las. no comments

Posted at 1:46 AM in


1- Wah, betapa lama tidak mengemas kini blog ini. Walau apa pun, saya ingin maklumkan kepada semua bahawa Megadeth telah pun menerbitkan album studio ke tiga belas mereka yang bertajuk Th1rt3en. Sekiranya anda meminati bunyi yang terdapat pada album sebelum ini, Endgame, maka saya pasti anda akan meminati bunyi didalam album terbaru Dave Mustaine dan rakan-rakan ini. Bukan sekadar bunyi, malah kandungan lagu-lagunya seolah olah sama. Seolah-olah setiap lagu didalam album ini merupakan second part untuk setiap lagu lagu yang ada didalam End Game.

2- Album ini dibuka dengan intro untuk lagu Sudden Death . Seperti End Game album ini dibuka dengan duel diantara Mustaine dan Broderick. Lagu yang direka khusus untuk Guitar Hero ini boleh saya simpulkan sebagai violent dan seperti mana lagu pertama didalam album End Game, solo-solo kecil diselit dan  dibiarkan bergelimpangan dimerata tempat seperti bayi bayi kecil yang dibuang. Chorus lagu ini cukup bermelodi dan mengingatkan saya kepada Hangar 18 dari album Rust In Peace.

3- Saya kira ramai yang sudah mendengar lagu Public Enemy #1 yang sudah tersebar luas di Youtube. Lagu ini juga sudah pun di mainkan di persembahan-persembahan live mereka. Whose Life (is it anyway?) pula terlalu mendatar dan kedengaran biasa sahaja bagi saya kecuali riff gitar pada bahagian chorus yang agak mencengkam. 

4- Sekiranya ingin mendengar sound Megadeth yang klasik maka lagu We The People adalah lagu yang perlu anda dengar. Riff bergelimpangan. Manakala lagu Guns, Drugs and Money pula mempunyai riff yang menarik yang diulang-ulang  sehingga ke akhir lagu. Lagu Never Dead yang menyusur selepasnya adalah satu lagi lagu yang saya anggap sebagai violent dan sedikit dark.

5- New World Order kedengaran biasa sahaja dengan riff utama adalah riff klasik Mustaine. Fast Lane merupakan sebuah lagu yang laju dipadatkan dengan permainan double paddle Shawn Drover. Black Swan pula cukup bermelodik dan agak poppish. Sebuah lagu yang sedikit radio friendly. Wrecker pula bakal menjadi crowd favorite untuk dimainkan semasa live. Millenium of the Blind pula sebuah lagu perlahan yang agak membosankan tetapi liriknya mengenai politik.

6- Saya menyukai lagu seterusnya iaitu Deadly Nighstshade kerana riff pada verse nya agak uptempo dan sangat sesuai untuk headbang tanpa henti selama 4 minit dan 56 saat. Satu lagi lagu yang sesuai dan boleh dijadikan crowd favorite. Lagu terakhir bertajuk 13. Sekiranya anda meminati feel pada lagu In My Darkest Moment, maka anda akan suka lagu ini.

0 Responses to 'Download: MegaKematian - T1gab3las.'

Leave a Reply

Worshippers.